One Goal Malaysia

Mendidik Kanak-kanak di Malaysia tentang Nutrisi

One Goal Malaysia berdedikasi menangani masalah nutrisi dengan menggunakan keazaman dan semangat untuk bola sepak di Malaysia. Ditubuhkan dengan berpaksikan tiga tunjang iaitu pemakanan seimbang, sukan dan gaya hidup sihat, One Goal Malaysia wujud hasil kerjasama antara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan World Vision Malaysia.

Makan, bermain dan hidup sihat

“Eat Right to Play Right” ialah program utama One Goal Malaysia yang dijalankan dengan kerjasama bersama Zurich Insuran & Takaful di Malaysia. Di bawah One Goal Malaysia, World Vision Malaysia bertindak sebagai rakan aktif dalam implimentasi “Eat Right to Play Right”. Ia merupakan program yang dibiayai melalui geran dari “Z Zurich Foundation”.

 

Melalui keberkesanan program ini, pengetahuan berkenaan malnutrisi di kalangan kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan pengajaran pemakanan sihat menggunakan bola sepak di kalangan akar umbi. One Goal Malaysia ingin memperkasakan kanak-kanak di Malaysia untuk mempunyai cara makan, bermain dan gaya hidup yang sihat.

    Sukan bola sepak amat digemari terutamanya di kalangan rakyat di Asia. Sukan bola sepak juga merupakan salah satu sukan yang diminati oleh sesebuah komuniti khususnya kanak-kanak. Melalui akar umbi bola sepak, kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti fizikal di samping menjalani gaya hidup yang sihat selain merupakan aktiviti yang berkesan dalam menyampaikan pengetahuan nutrisi secara interaktif dan menyeronokkan.

    Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan nutrisi kanak-kanak dalam komuniti setempat. Berdasarkan kajian Program Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015, kira-kira 1,000,000 kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah kegemukan menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit seperti diabetis dan masalah jantung apabila meningkat dewasa. Selain itu, kira-kira 700,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami kekurangan nutrisi yang menjurus kepada perkembangan kognitif terbantut serta memberi kesan sepanjang hayat.

Apa yang kami lakukan?

    Sesi mingguan latihan bola sepak dan nutrisi akan dikendalikan oleh jurulatih bola sepak secara sukarela dalam sesebuah komuniti. Mesej nutrisi dan kesihatan akan diterapkan dalam setiap sesi latihan bola sepak bagi memudahkan kanak-kanak berumur antara 7-12 tahun untuk belajar mengenai nutrisi sambil bermain bola sepak.

    Jurulatih bola sepak dalam sesebuah komuniti akan diberikan tunjuk ajar dalam menjalankan sesi latihan bola sepak mingguan yang menggabungkan mesej nutrisi dan kesihatan. Kursus latihan selama 3 hari akan dikendalikan oleh pihak jurulatih yang lebih berpengalaman dalam sukan bola sepak, penjagaan kesihatan dan nutrisi serta hak perlindungan untuk kanak-kanak. Bengkel dan pertemuan antara jurulatih komuniti juga diadakan sebagai platform untuk menambah pengetahuan selain berkongsi pengalaman antara satu dengan yang lain.

    Ibu bapa, penjaga dan seluruh komuniti adalah digalakkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti Bengkel Nutrisi dan Hari Keluarga bagi meningkatkan pengetahuan mengenai nutrisi serta membantu ibu bapa dalam menyediakan makanan nutrisi yang sesuai untuk anak-anak mereka. Pihak komuniti boleh memantau perkembangan anak-anak mereka melalui Program Eat Right to Play Right, di samping menyokong amalan pemakanan nutrisi yang seimbang untuk kanak-kanak di Malaysia.

Testimoni

Berikut adalah testimoni daripada jurulatih komuniti mengenai Program Eat Right to Play Right:

 

"Sebagai seorang jurulatih dan juga cikgu, saya sangat berbangga sebab segala kemahiran yang diajarkan selama ini membuahkan hasil." - Hendrew Brani, Jurulatih Sukarela dan Guru di SK Kelana Jaya 1

Berikut merupakan kata-kata daripada kanak-kanak mengenai Program Eat Right to Play Right:

 

"Sangat seronok kerana saya dapat bermain bola sepak setiap minggu."

 

"Kami dapat mempelajari mengenai makanan yang seimbang dan bagaimana untuk makan makanan yang sihat: kurang gula, kurang lemak dan kurang garam."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai One Goal Malaysia atau Program Eat Right to Play Right, sila hubungi talian 03-7800 0899 atau email [email protected].

Subscribe Today!

Be among the first to receive the latest news and updates on our work, stories of children and communities, and opportunities to make a difference.

In 2022, 84.8% of donations collected were used for programmes that benefit children, families and communities in need.
Learn More

every single cent counts
we are transparent
we maximise your contribution