Bayangkan satu dunia di mana…

Nasi kosong ialah suatu kemewahan.

Kanak-kanak tidak boleh pergi ke sekolah.

Satu-satunya sumber air minum anda adalah dari kolam yang kotor.

Anda tidak boleh pergi ke doktor jika anda sakit..

 

Ini adalah hakikat bagi berjuta-juta kanak-kanak yang hidup di dalam komuniti rentan; inilah dunia yang mereka hadapi setiap hari. Bayangkan sekiranya ANDA mengubah dunia tersebut dengan memberikan pelbagai pengalaman pertama dalam kehidupan mereka!

 

Penajaan kanak-kanak membuka kepada pelbagai pengalaman pertama!

Anda boleh menaja kanak-kanak dengan World Vision dan berikan mereka pelbagai pengalaman pertama daripada hanya RM65 (negara Asia) atau RM80 (negara Bukan Asia) sebulan. Hari pertama seorang gadis di sekolah adalah langkah pertamanya untuk menjadi seorang ketua komuniti dan bukannya seorang pengantin perempuan. Makanan berkhasiat pertama seorang kanak-kanak ialah kali pertama dia dapat belajar dan bermain dengan tenaga yang mencukupi. Akhir sekali, surat dan foto pertama yang anda terima daripada anak tajaan anda ialah bukti pertama bahawa mereka sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan anda.

Bagaimana World Vision membawa perubahan

Kami berusaha untuk menyediakan asas kehidupan kepada komuniti rentan di seluruh dunia.

 

Hasilnya, setiap 60 saat... sebuah keluarga mendapat bekalan air bersih... anak yang kelaparan diberi makan... sebuah keluarga diberi bantuan untuk mengatasi kemiskinan, dan banyak lagi.

 

Ini bermaksud jutaan kanak-kanak dan keluarga daripada komuniti rentan diberikan pengalaman pertama yang baharu setiap hari - tegukan air bersih yang pertama, hari persekolahan yang pertama, hasil tuaian sayur-sayuran yang pertama... dan banyak lagi. Dengan setiap 'pengalaman pertama' tersebut, kami melihat sinar harapan yang semakin mencerah untuk masa depan yang lebih baik. Semua ini adalah mustahil tanpa sokongan ribuan individu yang penyayang, prihatin dan percaya bahawa bersama-sama kita boleh mengubah dunia untuk kanak-kanak ini satu demi satu.

“Ini ialah kisah hidup kami”
...

Kisah Mouawiya

 

Mouawiya ialah seorang budak lelaki berusia enam tahun yang menghadiri sesi pembelajaran jarak jauh dengan World Vision. "Saya belajar mengira dan saya mengenali nama hari kerja dalam bahasa Inggeris", katanya dengan bangga. "Seandainya anak saya tidak didaftarkan dalam program ini, dia mungkin tidak mendapat sebarang pendidikan," kata ibunya Majida dengan penuh rasa bersyukur.

 

Ramai kanak-kanak memandang rendah hak istimewa yang mereka ada, seperti peluang untuk bersekolah dan mendapat pendidikan yang baik. Mereka tidak menyedari kepentingan pendidikan dan bagaimana ia boleh membentuk masa depan mereka. Menurut data UNESCO, kira-kira 258 juta kanak-kanak di seluruh dunia terhalang daripada mendapat pendidikan yang mampu menjadi kunci kepada masa depan yang lebih cerah.

 

World Vision Lebanon (WVL) membantu kanak-kanak perempuan dan lelaki daripada komuniti rentan untuk terus diberi pendidikan. Pasukan pendidikan WVL mencipta grup WhatsApp dalam kalangan penjaga kanak-kanak yang didaftarkan di dalam program tempatan, membolehkan pembelajaran jarak jauh diteruskan semasa sekatan pergerakan dilaksanakan.

...

Kisah Sufair

 

Sufair, berusia 17 tahun, tinggal bersama keluarganya di Pulau Hiri, Indonesia, satu kawasan yang dibantu oleh World Vision. Bantuan yang diberikan oleh World Vision mendorong dia untuk berbuat lebih banyak untuk kanak-kanak dalam komunitinya. Sufair meninggalkan pulau itu untuk melanjutkan pelajaran. Kemudian, dia mengikuti kursus bahasa Inggeris, tetapi terpaksa berhenti kerana bayaran yuran yang tinggi dan sekatan pergerakan akibat COVID-19.

 

Pada Oktober 2020, Sufair pulang ke kampung halamannya dan mendapati ramai kanak-kanak tidak dapat belajar. Melihat kepada situasi ini, dia membuat keputusan untuk mengajar kanak-kanak bahasa Inggeris dua kali seminggu. "Saya lakukan ini supaya mereka tidak hanya menghabiskan masa bermain, tetapi boleh terus belajar walaupun sekolah ditutup."

 

*Sufair (berdiri) mengajar kanak-kanak di kampung halamannya.

Soalan Lazim (FAQ):

    Sumbangan daripada para penaja akan digabungkan dan digunakan di dalam program pembangunan jangka panjang yang dapat menjanjikan masa depan yang lebih cerah kepada individu, keluarga dan komuniti tajaan anda.

    World Vision berusaha untuk mengembangkan aspek berikut di dalam komuniti-komuniti:

     

    • Perlindungan Kanak-Kanak
    • Sumber Pendapatan
    • Kesihatan & Pemakanan
    • Pendidikan
    • Bekalan Air Bersih & Sanitasi

    Tempoh penajaan anda bergantung pada keyakinan dan pilihan peribadi anda. Tajaan anda mungkin berlangsung selama beberapa tahun atau sepanjang tempoh pembangunan komuniti, biasanya selama 10-15 tahun. Seorang kanak-kanak berkemungkinan akan ditaja sehingga usia 21 tahun.

    Matlamat program penajaan ini adalah untuk memastikan kanak-kanak tajaan anda dan komuniti mereka kekal sihat dan mampu berdikari dalam menghadapi masa depan dengan penuh keyakinan. Kami berharap anda dapat meneruskan penajaan anda sehingga penghujungnya agar anda dapat menyaksikan transformasi yang terhasil daripada sokongan anda.

    Kami berkomitmen untuk memastikan kos-kos pentadbiran dan overhed adalah di bawah 20%. Ini merupakan standard yang kami sering patuhi. Perbelanjaan kami merangkumi kos pengurusan penderma, pentadbiran, kutipan dana, dan aktiviti peningkatan kesedaran. Anda boleh memuat turun Laporan Tahunan terbaru kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Subscribe Today!

Be among the first to receive the latest news and updates on our work, stories of children and communities, and opportunities to make a difference.

Stats Chart

In 2023, 83% of donations collected were used for programmes that benefit children, families and communities in need.
Learn More

every single cent counts
we are transparent
we maximise your contribution